Bandar Mukah di Sarawak sangat menonjol dengan seni bina bangunan
berbumbungkan ‘terendak gergasi’ suatu identiti etnik Melanau iaitu
salah satu kaum di Bumi Kenyalang. Di sebalik keunikan bentuk kon terbalik itu di puncak bangunan utama
seperti Menara Pehin Setia Raja, bangunan “RECODA”, Masjid Setia Raja
dan beberapa bangunan komersial, ideanya datang dari terendak.
Tiga saiz berbeza adalah untuk disesuaikan bagi tujuan cenderahati
atau buah tangan kepada pelancong terutama dari Semenanjung Malaysia dan
Sabah.
Produk kraftangan yang diwarisi dari generasi ke generasi keluarga
Melanau itu dipasarkan secara meluas melalui pameran dan jualan dalam
pelbagai upacara rasmi kerajaan.
Dari segi buatan hasil kerja tangan terhadap terendak ini berkelebihan dari segi seni dan corak boleh juga dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang.
Sementara yang kecil boleh digantung dalam kereta atau sebagai rantai kunci. Dengan itu, tidak hairanlah ia menjadi antara barangan cenderahati pilihan ramai.
Dara bt Kimi, 32, salah seorang pakar buat terendak tersebut, mewarisi bakat ibunya sejak berusia 15 tahun lagi.
Dara merupakan salah seorang daripada anak perempuan keluarga Kimi yang giat dalam perusahaan tersebut.
Menurut anak ketujuh daripada sepuluh adik-beradik ini, dia mula berjinak-jinak dengan kegiatan membuat terendak pada tahun 1996.
“Masa itu saya tamat tingkatan tiga. Atas minat sendiri saya mula mempelajarinya daripada ibu dan kakak. Di antara kami adik-beradik kakak kedua dan kelima saya paling mahir,” kata Dara.
Menurut Dara, hasil kerja mereka sering mendapat tempahan daripada pihak kerajaan, swasta dan persendirian terutama setiap kali menjelang Pesta Kaul di Mukah.
Pada musim tertentu katanya, dia memang sibuk seperti pertengahan tahun lalu terendak kecil untuk cenderahati pernah mendapat tempahan sebanyak 200 buah daripada sebuah universiti tempatan. Dan sejak awal tahun ini bertungkus-lumus pula menyiapkan tempahan baru.
Ketika kunjungan saya ke situ, Dara sedang tekun menyiapkan terendak ditempah oleh pihak kerajaan untuk dijadikan cenderahati kepada golongan kenamaan sempena Pesta Kaul 2011.
“Bagaimanapun anyaman dibuat oleh orang lain, sebab tidak mampu menyiapkan terlalu banyak. Dia hanya melakukan sulaman. Sulaman termasuklah logo dan tulisan.
“Membuat logo dan tulisan dilakukan mengikut contoh yang disediakan oleh penempah. Inilah bahagian yang paling sulit dilakukan.
“Sulaman yang digabungkan harus betul dari segi susunan. Sedikit kesilapan saya terpaksa menarik sulaman dan memperbetulkanya,” katanya.
Mengenai modal, kosnya hanyalah untuk membeli manik, rotan (RM6 bagi buluh sepanjang kira-kira dua depa) labuci dan buluh.
“Ada masalah sedikit apabila musim banjir kerana buluh akan mati dan bekalan terhad. Walau apa pun saya membelinya daripada penduduk kampung yang ada menyimpannya,”ujarnya.
Adalah dipercayai kerja menghasilkan kraftangan ini bermula sejak 100 tahun dahulu. Ibu Dara iaitu Terong bt Razak merupakan salah seorang yang mendapat ilmu membuat terendak Matu turun temurun.
Ditanya mengenai harga ia bergantung kepada saiz dan ukiran. Bermula dari serendah RM6 sehinggaah RM120. Tetapi jika cara membuatnya sulit maka harganya lebih mahal lagi. Demikian kata gadis berwajah manis ini.
Begitulah Terendak Matu, tidak ramai mempunyai bakat atau kemahiran membuatnya. Kerana seni sebegini adalah suatu usaha menyatukan berbagai motif supaya satu maksud sempurna dapat disampaikan.
Sudah pasti itu hanya diketahui oleh orang yang sudah banyak belajar dan mahir melakukannya. Mesej yang disatukan harus mempunyai satu idea selari. Paling popular di kalangan penempah ialah logo 1Malaysia, bendera Sarawak, imej burung kenyalang dan bunga raya.
Pembuat seperti Dara akan memilih dan menyusun sulaman menjadi satu ukiran lengkap bagi menyalurkan maksud.
Dia harus memilih warna bahan seperti manik, labuci dan benang pada kedudukan sesuai yang membolehkan terendak itu tampak unik.
Hanya dengan kegigihan barulah pembuat mengetahui keseluruhan rekaan dalam satu terendak terbabit. Jelas tidak seperti semudah kita melihatnya, bukan senang untuk menyalurkan satu maksud dengan suatu keunikan tersendiri.
Hi, I'm looking for Dara Kimi's contact, any idea how can I get in touch with her?
ReplyDeleteooooooouuuuuhhhhhhyeeeeeeaaaaahhhhhhhhhhhh !!!!!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete